Dalam sekelib mata just 2 minit je dgn kuasa Allah....aku rase insaf, takot n kesihan dgn apa yg berlaku..dan trbayang klu benda ni trjadi kt Malaysia....Ya Allah lindungi lah Malaysia.....Ya Allah insaflah aku dgn apa yg telah berlaku.....
Video n gegambo kt bawohh yerrr
BEGINILAH keadaan di Arahama, di Bandaraya Sendai, Jepun yang dirakam satelit GeoEye
sebelum (atas) dan selepas (bawah) kejadian gempa 8.9 magnitud yang mencetuskan tsunami ,
Jumaat lalu. Bandar pesisir pantai itu kelihatan pasir bersih yang memutih dengan deretan
bangunan dan kediaman tetapi selepas tsunami ia ibarat 'padang jarak padang tekukur'. - Foto AP
Tokyo, merupakan bandar paling happening serta mempunyai penduduk seramai 13 juta kini tidak lagi seperti dulu gara-gara amaran radiasi radioaktif yang membuat penduduknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tinggal di rumah. Stesen janakuasa nuklear Fukushima yang terletak hanya kira-kira 200km daripada Tokyo mengalami ketidakstabilan angkara gempa bumi 9.0 richter, Jumaat lepas.
Dalam perkembangan terbaru, Jepun hanya mempunyai masa kira-kira 48 jam untuk mengawal krisis nuklearnya sebelum tragedi yang lebih buruk daripada insiden Chernobyl berlaku. Semalam, cubaan pihak keselamatan Jepun menghantar beberapa helikopter untuk menyejukkan reaktor dengan menjiruskan air, namun operasi tersebut dibatalkan ekoran radiasi tinggi yang mencecah 4,000 mikrosievert/jam.
INILAH loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1 yang berlaku letupan pada sebahagian atas bangunan berikutan gempa bumi kuat, Jumaat lalu. Gambar terbaru ini dikeluarkan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) di loji nuklearnya di Fukushima, di utara Jepun, hari ini. Kebimbangan memuncak kemungkinan berlakunya kebocoran radiasi sehingga lebih 10,000 penduduk sekitar loji sudah dipindahkan setakat ini. - Foto Reuters/TEPCO
KEADAAN loji nuklear No 1 dan No 3 Daiichi Fukushima yang masih terbakar dan
mengeluarkan asap selepas meletup semalam. - Foto DIGITAL GLOBE/REUTERS
NEGATIF RADIASI... Kakitangan perubatan memeriksa tahap pendedahan radiasi pada warga
tempatan yang tiba di pusat perlindungan awam bandar Hitachi, Ibaraki, hari ini selepas dibawa
keluar dari lingkungan 20km dari loji nuklear Daiichi Fukushima. - Foto REUTERS/Asahi Shimbun
PASUKAN Pertahanan Jepun membuat persediaan bagi operasi
gempa bumi dan tsunami di Natori. - Foto Sairien Nafis
DUTA Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie sebak pada sidang media di pejabatnya, semalam.~ gile sedihh....klu aku pon sedih gile bebb.....dpt rase kn kesidihan die org... :(
LETUPAN kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, hari ini. Punca kejadian dipercayai disebabkan tekanan hidrogen. - Foto AFP/NHK